Monday 7 March 2016

Taklimat Pelarasan bersama KPDNKK Pahang 2016




Penyerahan modul oleh Pengarah KPDNKK Pahang Kepada TN Hj Rauf, Ketua Sektor SPK, JPN Pahang
 
Penyerahan Modul Kelab Pengguna Sekolah Oleh Ybg Pengarah KPDNKK Pahang


Mesyuarat diadakan pada 16 Febuari 2016 bertempat di Suria Hot Spring, Bentong Pahang.
Pada tahun ini program cabaran interaktif pengguna Kelab Pengguna Sekolah akan diadakan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Seramai 4 orang pelajar akan mewakili sekolah masing-masing ke pertandingan yang akan dijadualkan pada 23 Mac 2016 bertempat di SMK Temin Jerantut.

Selamat bertanding diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

Mesyuarat Pelarasan Kor Kadet Polis Daerah Jerantut 2016


    
7 Mac 2016- Mesyuarat Pelarasan Kor Kadet Polis daerah Jerantut. Mesyuarat dipengerusikan oleh DSP Tn Hasadid Abd Hamid, Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut. Wakil PPD En Muhammad Faiz bin Mahayudin, Pegawai Kokurikulum PPD Jerantut.

Pihak PPD Jerantut merakam ucapan terima kasih kepada IPD Jerantut di atas kerjasama yang sangat baik oleh  IPD Jerantut. Terima kasih juga kepada guru penyelaras Kor Kadet Polis Sekolah-sekolah daerah Jerantut dan jurulatih IPD Jerantut



Monday 7 September 2015

Mesyuarat Karnival Koperasi Wilayah Jerantut

3 September 2015- Mesyuarat Karnival Koperasi Wilayah Jerantut, Karnival akan diadakan pada 30 september 2015 bertempat di SMK Temin. En Muhammaf Faiz Mahayudin, Penyelia Kokurikulum PPD Jerantut mengucapkan terima kasih kerana memilih SMK Temin sebagai tuan rumah karnival pada kali ini.